KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Tuesday, January 26, 2016

Salam perkenalan :)

Well, lets get into the point sebab aku malas nak buat pembuka kata nak pantun segala bagai ni hahaha xD

First of all, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama gila tak update blog yang aku rasa dah berhabuk. Aku juga rasa aku perlu update lebih banyak lagi sebab aku dari darjah 6 lagi suka pasal blogging ni and sebab aku memang suka menaip, menulis dan yeah apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan. Ada juga berkira-kira nak tulis novel tapi aku masih sedar diri. Aku baru lapan belas tahun. Belum ada cukup duit nak beli laptop and printer sendiri. Dan aku baru je habis belajar. Finally, aku dapat keluar juga dari alam persekolahan yang aku rasa sangat membosankan. Well, not exactly membosankan. Ada juga happy tapi entahlah. Aku berterima kasih jugalah sebab aku masih dapat belajar dan dapat mengenal manusia dari segi rupa, sikap dan tingkah laku.

Honestly aku cakap, zaman sekolah menengah aku penuh dengan gembira dan tangisan. Masa aku form 3, aku putus cinta. Well let just said sebab masa tu aku bodoh pergi percaya dengan cinta sejati yang entah apa-apa. Setia tu tak wujud lah weh dalam diri manusia. Kalau tak, takdenye news paper nak siar suami kahwin lain lah ape. Artis pun ada je yang cerai beraikan? Kalau nak cari setia pada pasangan dia pun satu dalam seribu. Contohnya parents aku. Alhamdulillah masih kekal sampai sekarang. Dah genap 25 tahun dieorang bersama dan aku harap perkahwinan tu akan kekal sampai syurga. Amin.

Okay, mulai saat ni aku akan ubah blog ni sikit. Suka hati aku lah nak ubah pun sebab blog aku kan? Weheee

Aku akan buatlah review novel ke apa ke. Tak naklah nampak blog ni macam membosankan. Dan aku akan updatelah apa-apa yang aku rasa nak update. Contohnya, macam novel karya aku sendiri ke apa. Sebabnya? Aku ulang lagi sekali ye.. Aku masih tak cukup duit nak beli laptop dan printer sendiri untuk print manuskrip dan hantar kepada orang untuk luluskan dan dibukukan (macam konfiden je novel aku diluluskan) sebab aku hanya seorang budak yang baru habis sekolah. Lagi dua bulan result spm aku nak keluar. Doa doakanlah aku ye.

Aku mungkin tak akan post pasal cinta sebab aku pun macam dah tak percaya pada cinta. Seriously, lepas je aku kecewa dengan first love aku, aku terus stop nak jatuh cinta. Kira macam hati aku dah tertutuplah. Adalah juga aku cuba nak jatuh cinta lagi tapi maybe sebab aku terlambat nak luahkan so aku pun makan hati sorang sorang. So pengajarannya kat sini kalau kau suka kat seseorang better cepatlah luahkan sebab nanti kau yang melepas. Tapi lepas kau figure out pasal hidup dia lah. Pastikan dia masih SINGLE. Dia terima ke tak tu belakang cerita. Kalau dia tak terima pun takdelah kau frust sangat sebab kau dah bagitahu awal-awal. Jangan boyfriend/girlfriend orang pula kau nak ambil. Better kau batalkan jelah niat kau nak caras girlfriend/boyfriend orang. Fikir sikit perasaan orang tau sebab orang putih kata, what you give, you get back.

Dahlah. Rasanya panjang pula aku membebel. Byee *lambai tangan*