KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Tuesday, June 7, 2016

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - tempat aku belajar nanti.

Assalamualaikum! Okay aku tengah nervous sebenarnya ni sebab 12 Jun 2016 nanti aku akan menjadi mahasiswa di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Terengganu! Aku macam tak percaya beb. Serius.

Course apa? Aku dapat course Diploma Teknologi Digital. Ala nanti aku akan mengadap komputer aje. Bagi aku memang seronok main-main dengan komputer ni tapi aku tak expect pun aku akan dapat course ni.

Masa aku mohon tu, aku mohon dekat Sabak Bernam, Selangor. Orang cakap tempat tu macam pedalaman sikit kan? Tapi masa tu aku tak tahu pun pasal tu. Main mohon je. Then memang dapat course Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ni. Tapi sekarang course tu dah ditukar nama ke Diploma Teknologi Digital. Then 30 Mei kena check penempatan untuk confirmkan mana kita belajar kan.

Masa tu aku kat Perak nak hantar cousin aku study kat UPSI. Masa tengah lunch tu mama aku yang check tempat aku nak belajar nanti sebab dah 30 Mei kan. Pleaselah jangan konfiden sangat bila korang dapat course yang korang nak tu tak semestinya tempat pun sama macam yang korang mohon tu. Kena jugak check penempatan sebab nak confirmkan betul-betul. Nanti free-free je datang then nama korang tak ada. 

Okay, jom sambung lagi.

Tengah nak baca doa makan tu mama aku terjerit sikit. Macam "hah?!" Semua pandang mama. Hahahahaha kelakar je muka mama masa tu.

Then dah baca doa tu kiteorang terus makan. Mama aku terus cakap "dengar sini ye semua." 

Mama aku cakaplah yang aku dapat Politeknik Dungun ni. Seriously aku cakap aku terus blank lepas mama cakap aku belajar kat Terengganu nanti. Sebab aku tak pernah sangka pun aku akan belajar kat sana. Jauh kot!

Mama tanya "nak tak kakak pergi sana?" Aku pun cakaplah "entahlah mama. Iya tengah blank ni." Mama pun cakap "ala pergi ajelah ya. Dah rezeki kat situ."

Actually, kiteorang memang dah konfiden aku akan dapat kat Sabak Bernam tu. Siap nanti buat rancangan nak tengok tempat belajar aku tu lepas settlekan hal cousin aku. Tapi yelah, kita hanya merancangkan. Allah yang menentukan. Allah adalah sebaik-baik perancang :)

Aku pun selalu doa "Ya Allah, kau berikanlah tawaran yang terbaik untuk hidupku. Kau berikanlah tempat yang terbaik untuk aku membina masa depanku sendiri. Ameen."

So, maybe Allah memang dah tetapkan rezeki aku dekat sana. So yeah, aku pun terpaksalah terima dengan redha. Masa makan tu serius selera aku dah terputus terus tapi disebabkan aku fikir nanti aku lapar so aku telan jelah walaupun selera dah takde.

Then, aku terpandang along aku. Dia macam buat sign 'fighting'. Aku terus sebak beb. Serius.

Along aku cakap "Iya boleh. Fokus aje belajar. Pandai-pandailah jaga diri."

Aku pun angguk jelah. Tapi masa tu mama tak tekan setuju lagi sebab check pun pakai tab kan so tunggulah balik rumah nanti baru bincang. Bila dah balik tu aku pun bincang dengan parents aku.

Akhirnya, aku pun ikut ajelah. Aku terima tawaran tu.

Masa nak bank in duit tu, abang yang jaga kaunter nombor 3 tu berurusan dengan mama aku. Aku tengok diaorang gelak-gelak bagai sampai aku curious sendiri apelah yang dieorang borakkan. Lepastu dalam kereta mama aku ceritalah yang abang kaunter tu actually ex student politeknik tu jugak. Aku macam "wowwwww" hahahahaha xD

Dia cakap duduk situ best. And pihak politeknik memang tak galakkan perempuan duduk luar. So, inshaAllah kalau ada rezeki maybe aku duduk kat asrama sampai habis sem. 

Keesokkan harinya, aku still tidur lagi. And patutnya pagi tu aku kena pergi medical checkup. Tiba-tiba mama kejut aku. Dia tanya nak tukar tempat ke? Aku pun macam nak buat apa? Dah dapat terima ajelah.

Mama cakap just nak mencuba. So, aku macam berat hati jugaklah sebab Dungun tu kan macam bandar sikit. Sabak Bernam agak pedalaman and susah nak dapat teksi kalau nak ke bandar. Bukan aku nak kutuk kawasan sana tapi aku rasa Sabak Bernam pun dah makin membangun. Aku pergi mandi kejap sebab bila dalam tandaslah otak aku boleh berfikir secara matang sikit. Tak pun dalam bilik.

Dah lama air duk mencurah kat kepala aku akhirnya aku nekad. Aku keluar je dari bilik mandi tu, aku cakap kat mama. "Mama call jelah. Tanya mana tahu dapat tukar." Actually, dalam hati berharap jugak dapat tukar ke Sabak Bernam sebab dekat sikit en. Dungun jauh dari tempat tinggal aku ni. Kira-kira lima jam perjalanan jugaklah.

Aku tunggu je mama aku cakap dengan orang yang bertugas untuk jaga penempatan pelajar tu. Then, mama cakap tak boleh tukar sebab course yang aku ambil ni hanya ada satu kelas je kat sana. Satu kelas tu dah 50 orang pelajar. And 50 orang tu semua terima tawaran. Kalau ada yang tolak dah lama aku boleh tukar tapi semua tu terima. Aku agak kecewa jugaklah tapi nak buat macam mana kan. Mungkin memang rezeki aku kat Dungun, Terengganu. InshaAllah. Doakan aku ye semua :)

Oh ya, mama pun ada cerita orang yang dia berbual tadi pun ex student Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin tu jugak. Aku pun macam "aik dah dua orang ni." Btw, dia lelaki. Abang tu cakap duduk kat sana pun best. Dekat dengan mcdonald. Yelah, budak zaman sekarang semua lagi pilih nak lepak kat mekdi dari tempat lain kan. So takpelah terima jelah nak.

Harini, 7 Jun 2016 aku dah siap packing barang. Sebab 11 Jun 2016 aku dah nak gerak pagi-pagi buta. Selamat berpuasa semua!

Nak tanya perasaan aku macam mana? Entahlah. Aku tak rasa apa-apa pun sepanjang packing barang tu. Tapi adelah rasa sebak sikit sebab nanti kena berpisah dengan family. Yelah, selama ni aku duduk dengan family aje. Even aku pergi lawatan kat Cameron Highland pun boleh nangis-nangis lagi. Lepastu tahun lepas aku pergi perkhemahan pun nangis jugak sebab masa aku nak gerak tu mama aku demam. So, aku risau. 

Anak manja kan aku? Biarlah manja dengan family aje pun. Muhrim aku, syurga aku :) 

Aku harap aku dapat kuatkan hati aku masa mama tinggalkan aku kat sana nanti. Yes, Mira boleh! Fighting! By the way, aku belajar kat sana selama tiga tahun untuk 6 sem :)

Doakan aku tau! Selamat menyambut bulan Ramadhan. Assalamualaikum! :D


No comments: