KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Monday, November 21, 2016

Cuti Sem Dah Habis

Assalamualaikum! 

Okay,korang tengok tajuk kat atas tu pun dah tahu yang bahawasanya cuti sem aku selama tiga minggu dah pun tamat. Lusa, iaitu 23 November 2016 aku akan berangkat semula ke Terengganu. Tempat belajarku yang terchenta!

Selama cuti tiga minggu ni aku buat apa?

Hm,biasalah aku. Tengok tv, makan, tidur (tu paling banyak) ahahahah ala lagipun masa aku tengah cuti ni parent aku tak cuti. Adik aku SPM lagi. Along aku kerja. Abang ngah aku still study lagi. Actually, dia cuti sama aje macam aku tapi dia tu susah nak melekat kat rumah. Nama pun lelaki kan. Ada je tempat dia nak pergi. Jealous pun ada sebenarnya.

Tapi, aku lebih memilih untuk duduk di rumah sahaja. Tenangkan fikiran. Banyakkan tidur. kahkahkah!

Nak hilangkan lingkaran gelap yang dah spesies panda ni ha tapi tak menjadi. Lingkaran tu tetap ada. Tabah ajelah nak.

Rasa sedih pulak nak tinggalkan family. Kadang-kadang terasa jugaklah sebab kita cuti tapi dieorang kerja. Nak pergi mana-mana pun susah sebab masing-masing penat.

Tapi alhamdulillah ada la sesekali parent ajak keluar pergi makan semua. Aku pun ikut ajelah. Makan kot nak tolak kenapa.

Semalam aku check pointer final aku. Alhamdulillah, aku dapat 3.13. Tak sia sia jugak aku study tak tidur sampai subuh. Bertukar-tukar ilmu dengan member. Seronok tau. Memang kalau korang dah masuk study benda tu semua akan jadi. Sama ada korang suka ataupun tidak. 

Contoh kalau korang dah biasa study dua orang. Hanya kau dan tukang mengajar. Hish, tak boleh kekalkan sikap tu ye adik-adik. Korang akan ada kawan yang sangat suka study ramai-ramai. Dan masa tu korang takkan boleh tolak kalau dia ajak study ramai-ramai sebab kita fikir dia kawan kita.

At first, memang tak selesa. Aku tahu tu sebab aku kalau nak study limit 3 orang aje termasuk aku. Kiteorang study 6 orang beb dalam satu bilik. Kau rasa? 

Tak serabut kepala kau nak menghadap ramai-ramai ni?

Memang aku rasa rimas mula-mula. Then aku dah biasa.

Okay, selamat datang jugak kepada yang dapat belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Tempat ni best, korang jangan risau kalau ditakdirkan korang dapat kat sini.

Usaha kasi lebih sikit okay! Fighting!

No comments: