KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Friday, November 11, 2016

Hidup aku sebagai mahasiswa di PSMZA

Assalamualaikum,semua! Ecewahh dah macam cikgu xD

Okay, kalini aku nak cerita pula pasal hidup aku sebagai mahasiswa (cehh mahasiswa kau! hahaha) di PSMZA.

Ramai jugaklah yang tanya aku macam mana hidup dekat negeri orang. Best ke? Ada nangis-nangis ke? Makanan kat situ macam mana? Kawan-kawan semua okay ke? Kena buli dengan senior ke. Hm, macam macam pertanyaan.

Jadi aku pun teringinlah jugak nak share macam mana kehidupan aku dekat situ sebagai budak sem 1.

Macam ni. 

Bagi aku yang memang dah asal dari Negeri Sembilan ni mestilah kekok sikit bila datang ke negeri orang ni. Apalagi nak duduk dekat Terengganu. Memang aku tak pernah nak mimpi ke apa nak pergi sana. Bukan apa, jauhlah. Dari negeri aku ke Terengganu makan masa 6/7 jam nak sampai. Tak kematu bontot kau? Hahahaha

Aku berharap dapat dekat aje tapi maybe rezeki aku memang dekat Terengganu ni.

Kawan-kawan? Perghh semuanya superb beb! Tak sombong.

Yeah, at first memanglah macam sombong sikit sebab yelah masing-masing tak saling mengenali kan.

Tapi bila dah kenal haa amik kau kelas lain pun boleh dengar kau punya suara tu. 

Kawan-kawan aku kebanyakkannya hm bukan kebanyakkan lah tapi semuanya budak Selangor. Which is from Kuala Lumpur lah. Jadi aku tak adalah kekok sangat nak bercakap dengan diaorang sebab masing-masing pakai bahasa biasa kan.

And ada a few lah kawan aku budak sini. Ada lelaki and ada je perempuan. Best kawan dengan budak Ganu ni kalau dia jenis yang tak suka berpuak-puak. Tahu kan berpuak tu apa? Berpuak tu macam kau suka duduk dalam kumpulan. Means kalau kau dah ngam dengan group tu, kau dengan group tu jelah pergi mana-mana even kau nak pergi berak pun group tu jugak yang temankan.

Well, aku ni bukan jenis yang suka berpuak-puak ni tapi buat masa sekarang tu jelah geng aku. Geng budak Selangor.

Soalan dia sekarang, jumpa tak orang Nogori kat situ?

Jawapannya, ada. Tapi boleh dikira pakai jari beb! Serius tak tipu.

Dalam geng aku tu semua budak Selangor. Aku sorang je orang Negeri Sembilan *gelak tutup mulut* xD

Buat masa sekarang aku kenal sorang je budak Negeri Sembilan. Tu pun asal Jempol. Aku ni budak Seremban xD Memang nak balik sekali tu takkan dapatlah.

Then, yang bab nangis ke tak nangis tu meh aku jawab sekarang.

Mestilah ada bab nangis-nangis tu. Aduhai *tutup muka* 

Den ni anak omak. Kau apo tau? Hahahaha

Yelah, at first memanglah menangis nak balik bagai. Aku ni hati tisu. Kalau assignment susah sikit nangis. Kalau ada kawan dalam kumpulan tak buat kerja nangis (sebab aku ketua kumpulan). Mestilah stress kan sebab ahli kumpulan tak beri kerjasama. Lepastu kalau aku demam pun memang nangis sorang-sorang kat dalam bilik.

Nak harapkan roomate jaga aku? Kirim salamlah beb. Dia pun jarang sakit memang dia tak pandailah nak jaga aku xD Dia just suruh aku tidur and makan ubat.

And the best part is, dia tak akan kacau aku tidur. Haaa tu paling bestlah.

She's the best roomatelah aku cakap. Budak KL jugak hahaha

Bagi aku Dungun ni best tau tapi tak banyak perubahan. I mean tempat dia tak membangun sangat. Aku tanya senior yang aku kenal pun dia cakap pasal dia pergi praktikal pun then dia balik poli sama je Dungun tu. Tak ada perubahan.

Nak pergi shopping mall dia pun amik masa setengah jam kau tahu?

Disebabkan aku ni tak ada lesen kereta and kawan-kawan aku pun tak ada yang pandai memandu so kiteorang selalulah pergi bandar Dungun tu dengan naik van kuning yang dipanggil 'van kunyit' dekat situ. Ala, macam van sekolah aje.

Ha, jangan pandang Dungun tu sebelah mata aje tau. Dekat bandar tu ada Mcdonald, KFC,Pizza Hut dengan Domino's okayyy. Hahahaha xD Jadi kalau kiteorang baru lepas test then masa tu lulus kan memang kiteorang lepak kt Mekdi dengan KFC jelah. Tapi kalau dah craving sangat memang lepak Domino's jelah. Aku la yang suka lepak situ sebab aku ni penggemar pizza.

Aku masa makan tu aku cakap awal-awal yang aku tak nak kongsi pizza ni dengan sesiapa sebab pizza terlalu sedap untuk dikongsi.

Memang buruk perangai tapi aku kisah apa. Duit aku *sengih*

Okay nak cakap pasal makan kat gerai gerai luar poli ni haa memang siapa yang dari Negeri Sembilan ni tekak tu kena bukakkan sikit. Sebab ada sesetengah gerai yang masakan dia memang rasa manis je. Pedas pun ada lah sesetengah lauk. Tapi tu pun pedas campur manis.

Kau rasa?

Tapi dah 5 bulan aku duduk situ so aku dah biasalah dengan makanan yang kat situ. Bak kata pepatah, ala bisa, tegal biasa kan?

And kau kena pandai pilih tempat nak makan. Sebab ada tempat yang makanan dia memang sedap. Ada tempat yang lain sikit rasa dia. So kena pandai pilih, okay?

Ni dah last baru nak cerita pasal kamsis kt poli tu. Bagi aku duduk kamsis okay je cuma kau kena rajin pergi program yang dianjurkan oleh pihak kamsis lah. Kalau tak memang nama kau di blacklist terus. Maksudnya, kalau lah tiba-tiba ketua warden tu nak check kehadiran then tengok nama korang tak ada memang dia lek dulu. Then tengok nama korang dah banyak kali tak datang program memang terus blacklist. Kalau korang mohon kamsis pun takkan dapat. Pandai-pandailah kau cari rumah sewa kalau kena buang kamsis.

Kafe dia? Bagi aku pun kafe dia okay je. Tapi tulah makanan sama je. Harga pun tak tetap. Sebab kadang-kadang murah, kadang-kadang mahal. So disebabkan macam tu punya perangai, ramai budak lelaki tak nak duduk kamsis dah. Biasalah lelaki kan?

So, aku rasa sampai sini jelah entry aku. Kalau ada apa-apa soalan boleh aje tanya dekat ruangan komen :)

Sebelum tu, aku nak cakap good luck lah pada yang dapat tawaran sambung belajar dekat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ni. Poli sini best cuma yelah kau kena pandai belajar untuk uruskan semuanya sendiri. Dah tak boleh harapkan mak ayah kau dah. Duit pun kena pandai save sebab kat sini barang-barang dia boleh tahan mahal jugak kalau nak dibandingkan dengan harga kt Negeri Sembilan ni. So, beli barang yang kau rasa perlu je.Kalau untuk kehendak, kau buatlah duit selit. Mama aku selalu cakap jangan usik duit selit tu sebab mana tahu masa tu terlebih belanja lepastu dah tak ada duit. At least duit selit tu ada as backup.

Hm, okaylah. Assalamualaikum :)


No comments: