KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Friday, November 11, 2016

Kenangan

Entah kenapa aku teringatkan kenangan lama. Kenangan yang tak mungkin lagi aku dapat ulang semula.

Semuanya bermula masa aku tengah layan music video di youtube. Dekat feed tiba-tiba muncul lagu C-Clown - Solo. Then aku macam "wowww okayy dia dulu suka lagu ni." Something like that lah.

Dulu masa kami kenal dia sangat sukakan kpop. Hampir semua lagu korea dia layan. Masa tu aku kena band FT Island aje. Disebabkan dia, aku kenal kumpulan T-Ara & C-Clown.

T-Ara bias dia Eunjung. C-Clown pulak bias dia Rome. Dia banyak kali cakap yang muka Rome sama macam dia xD Aku hanya mampu gelak ajelah masa tu. Haih, tipulah kalau aku cakap aku tak rindu dia. Yes, ada masa aku tak pernah terfikir pun pasal dia sebab aku busy dengan group assignment, test, kuiz, mid exam & final tapi kalau ada masa aku bersendirian dalam bilik pasti aku akan teringat dia. 

Mulalah jari tu rajin nak stalk instagram dia. Aku agak sentap dengan ayat member lelaki aku ni.

"Kalau dia boleh lupakan kau, kenapa kau tak boleh lupakan dia?"

Damn. Betul jugak. Kenapa? Why? Wae?

Aku pun pening kenapa sampai sekarang aku masih hidup dalam memori lama. Kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh sangat sebab masih berharap dekat lelaki yang sama.

Kawan-kawan aku kat poli tu semua suka kalau dieorang post gambar aku dekat wechat then dia like. Sebab bagi dieorang maybe dia masih sayang aku lagi tapi disebabkan dia dah ada orang lain, dia terpaksa sakitkan aku. Haih, entahlah.

Ada masanya aku tertanya-tanya jugak. Dia ada rindu aku tak macam mana aku rindu dia? I mean, time dia busy dia tak ingat aku tapi kalau dia tak busy tiba-tiba dia teringat.

Hahahaha sumpah nak gelak. Mestilah tak duh. Dia mesti sibuk rindu awek baru dia. Buat apa dia nak rindu kau.

Hm,okay maybe tu betul. Aku tak dapat nafikan benda tu.

Tipu jugak kalau aku tak cemburu melihat kawan-kawan aku berpasangan-pasangan. Boyfriend masing-masing sanggup belikan girlfriend makanan dengan harapan girlfriend dia kenyang. Sentiasa di sisi kala girlfriend tengah down/stress. Sentiasa berkongsi cerita. Otp setiap malam.

Aku pernah merasai semua tu. Seronok sebab ada juga seseorang yang care pasal kita selain keluar dan rakan-rakan.

Tapi tak apa. Aku sanggup jadi single sampailah satu saat Allah memang dah tulis di Luh Mahfuz yang aku kena kahwin saat itu juga. Masa itu aku akan terima dengan hati yang terbuka. InshaAllah.

Ya Allah, kau jagalah hatiku. Amin.

No comments: