KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Friday, August 11, 2017

SALAH SATU WISHLIST AKU.

Hello sayang sayangku sekalian. Dah lama rasanya aku tak update blog kan? 

Aku malas nak gunakan perkataan berhabuk dekat blog ni sebab itu perkataan yang biasa digunakan oleh blogger blogger comel di luar sana :) 

Tipulah kalau kita tak stress apabila masuk ke alam Universiti, Politeknik dan seangkatan dengannya. Even belajar di Kolej Komuniti pun stress tau. Tipu juga lah jika aku tak pernah rasa give up untuk meneruskan belajar aku sebab aku selalu membandingkan zaman sekolah dengan zaman siswa dan siswi ini.

Sungguh aku katakan.. zaman menjadi pelajar di IPT adalah sangat berat bagi aku berbanding zaman sekolah menengah. Jadi hargailah masa korang semasa berada di sekolah ni okay?

USAHA!

Kalau kau jenis yang otak pandai dan genius aku rasa tiada masalah untuk kau menyelesaikan assignment yang diberi oleh pensyarah dan juga projek di akhir sem nanti. Tetapi bagi manusia seperti aku yang mempunyai ingatan yang lemah apalagi bab membaca agak sukar untuk aku mendapat gelaran DEKAN setiap sem.

Untuk kali ini rezeki aku masih tidak ada lagi untuk mendapat gelaran Dekan.

Kalau boleh aku memang nak gelaran itu sebab kau akan dicari rakan rakan sekelas kau kerana ingin bertanya soalan yang mereka tidak faham dan kau dapat menambah ilmu dengan mengajar mereka. InshaAllah.

Tapi ada je yang dekan tapi sombong. Kedekut ilmu.

MasyaAllah. Kepandaian kau tu kau dapat daripada Allah S.W.T kawan-kawan. Janganlah kau sombong. Memang kau usaha sehabis baik tapi rezeki yang kau dapat pointer dan gred cemerlang itu datangnya dari Allah S.W.T..

Kadang aku cemburu melihat rakan-rakan sekelas aku yang mendapat gelaran dekan itu kerana mereka sentiasa dipuji kerana kepandaian mereka. Kini aku mempunyai wishlist aku sendiri iaitu mendapat gelaran dekan di sem 3 ini.

InshaAllah! Doakan aku ya.

Maaf kerana entry kali ini sangat pendek. InshaAllah aku akan post entry yang lebih panjang di lain masa.

Bye!

No comments: